Wednesday 5 October 2011

Kuliah minggu 4: Pembentangan Kumpulan



Pada hari Khamis yang lalu, 29 September 2011, kumpulan kami iaitu kumpulan 2A telah membentang tajuk Trend in International  Mathematics and Science Study (TIMSS). Berikut merupakan butir-butir kuliah kami pada hari tersebut.


Tarikh: 29 September 2011
Masa: 8-10 pagi
Tempat: B.E-Learning 2
Aktiviti: Pembentangan kuliah oleh Kump. 2A dan 2B


Kumpulan 2A telah membentang pengenalan TIMSS, refleksi TIMSS 1995,1999,2003, dan 2007, pencapaian Matematik dan Sains mengikut tanda aras antarabangsa, dan menerangkan faktor pencapaian pelajar antara tahun 1995, 1999,2003 dan 2007, manakala kumpulan 2B pula membentang Peranan Dalam Menyediakan Pelajar secara Global agar Berdaya Saing di Peringkat Antarabangsa.